Sunday, March 20, 2011

Semak! Sampah!

Dah lama aku nak lepaskan geram ni. Rumah aku terletaknya di suatu kawasan di Skudai. aku pindah sejak tahun 2001 lagi, ayah aku yang design rumah aku, maklum la, impian seorang arkitek nak buat rumah sendiri. Memang tak ramai yang duduk kat area umah aku,leh kira pakai jari je bape buah rumah yang ade, yang lain semua tanah kosong, ada gak rumah yang terbengkalai, dengar khabar org tu bankrap, xde duit..


"inilah rumahku syurgaku :D"





Memandangkan kat area umah aku ni ramai lagi tak buat-buat rumah, tanah dey all, diorg tak jaga. Dah jadi cam hutan dah kawasan rumah aku, pokok tinggi-tinggi, nyamuk kemain banyak gila, and plus, ular pun ade! So far umah aku dah 4 kali ular ziarah, tiga kali ular sawa, skali ular tedung. Tapi time ular tedung, abang sulung aku yang kene, nasib baik la abang aku cepat pikir, halau ular tu guna payung, bukak tutup bukak tutup, takut la ular tu, ular tu pun blah. Maybe kucing-kucing aku dulu hilang pasal kena ngap dek ular kot..Hmmm... Jiran depan umah aku lagi la, dah banyak kali ular sawa baham kucing-kucing dia.

Bukan ular je, tapi babi hutan pun ada kat area rumah aku. Pernah satu malam aku nak balik rumah, dah nak sampai depan umah aku, aku tengok ada dua makhluk ngah lari kat tengah jalan, aku ingatkan anjing, tapi apekehal anjing ni gemuk pendek, makin dekat rupanya babi hutan. Nasib baik dalam kereta. :P

Monyet toksah cerita, dah biasa tengok, kadang-kadang pagi-pagi aku bangun tidur, ada je monyet ngah skodeng aku tidur kat tingkap. Nasib dah biasa. Tapi kadang-kadang risau gak, monyet leh bertindak agresif bila dia lapar, mak aku selalu gak kena kacau ngan monyet kalau dia masak kat wet kicthen rumah aku, kat blakang rumah.


"Inilah belakang rumah aku, mana la monyet tak suka kacau mak aku masak,leh gayut kat pokok"




Itu hal binatang-binatang ni, sekarang ni pasal sampah lak. Sampah kat kawasan rumah aku, dah macam kawasan buang sampah, sana sampah, sini sampah. Kadang-kadang aku nampak jenis orang-orang yang tak bertanggungjawab ni, bawak satu lori, pastu humban sampah kat depan tanah-tanah kosong ni. Bodoh, bodoh dan bodoh la diorang ni. Tak pernah gi sekolah ke hapa. Pastu, memandangkan lorong rumah aku di atas bukit, tanah belakang rumah aku curam, kat belakang rumah aku boleh pulak ada orang buat tempat perlupusan sampah. Bagus memang la bagus, tapi agak-agak la weh, kawasan rumah kot. Pencemaran bau, udara. Lalat kemain banyak, bila tengah malam je bunyi bising, pandai korang cover line, wat keje malam-malam. Tapi sekarang ni dah tak dengar lagi dah bunyi bising-bising bila tengah malam, aku tengok pun, tempat tu cam dah terbiar. Ok la sikit.


"Siapa-siapa yang suka collect sampah, boleh amek kat kawasan rumah aku"




"Signboard ni sekadar hiasan sahaja kat kawasan rumah aku"



Selain sampah, kawasan rumah aku juga jadi port si teruna dan dara melepaskan hajat. Maklum la, kawasan rumah cam terbiar tak banyak rumah. Line clear. So apa lagi, dey all pun boleh la pandang-pandang,boleh pegang-pegang. Ada je kadang-kadang aku nampak kereta parking tak jauh dari rumah aku, goyang-goyang kereta tu kadang-kadang.
Taste low class, agak ah, kalau tak tahan sangat pun nak tambah dosa, gi la check in hotel.

Dah berapa kali dah aku buat report kat pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk isu-isu camni, tapi haram. Dah biasa aku dengan,"Baiklah, kami akan membuat tindakan". "Baiklah, kami akan memantau". Tapi tindakan lutut anda la. Dari tahun 2001 sampai la sekarang ni, camni je rupa kawasan rumah aku. Sampai bila aku pun tak tahu, jangan sampai dah ada kes orang mati kene patuk ular kat area rumah aku,baru diorang betul-betul nak amek tindakan.

"Dan anda boleh lihat wajah saya penuh dengan marah, keciwa, rimas dan macam-macam lagi"

10 comments:

  1. Rumah ini SCARYYYY!! >.<

    Bukan takat kata binatang.. mcm2 lah ada..
    Elok dtg buat lawatan kt sini! :P

    ReplyDelete
  2. i rasa cuba kali ni, u wat aduan kat zoo...
    konpem laju je depa tangkap segala binatang kat area rumah u tu... =)

    ReplyDelete
  3. haaa!!! part pegang2 tu aq dah pernah nampak dgn maey. baek je bra pompan tu kaler pink an! size double D pulak tu! hahahaha!!!

    ReplyDelete
  4. Dilakochan : Ssstttt...

    Nova : haaa,tekaan anda betul

    Zey : hahaha, betul gak 2, meriah sket zoo johor nnti..

    Lah : Haa,aku bukan pink je, yang xde langsung pn nah tgk..hahaha

    ReplyDelete
  5. oit u...ular 2 len kli tgkapla....jual kt cine pasar...ade khasiat 2...ley dpt duet!..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. tolong ssimpankan sofa putih terbiar itu hari, saya nak letak kat rumah :P

    ReplyDelete
  8. aku rasa kau patut buat posting pasal pocong melompat depan rumah kau, haha. belum bab benda halimunan jatuh atas katil

    ReplyDelete