Tuesday, March 8, 2011

Bagak


(warm up jari, dah lama tak wat karangan)

Kepada follower-follower aku, maaf banyak2 dah lame x post ape2 kat blog aku ni...

Maybe ada yang dah tau, ada yang still lum tau lagi, but sekarang ni aku dah ada komitmen baru selain bersama dengan Statik. Dalam bape bulan lepas, aku mulakan projek solo aku, iaitu BAGAK. Projek ni sebenarnya untuk suke2 je, n cari duit makan lebih sket, sambil tu sebagai didikan diri aku utk lebih kreatif dalam dunia muzik ni..

OK,cerita sket sebanyak pasal Bagak ni, konsep muzik Bagak ni x jauh beze sgt ngn konsep muzik Statik, agaknya pasal dua2 adalah komposer yang same, so aku agak sukar nak lari dan membezekan antara Statik dan Bagak, but insyaallah, aku akan mengemaskinikan dan improvekan lagi. Tapi ape yang aku boleh terangkan wat mase ni, melodi Bagak lebih kepada pop, disco, n tune2 catchy. Dan kalau boleh, aku nak lebih universal so tak konsisten pada satu genre je, insyaallah ni pun aku akan improvekan lagi..alhamdulillah so far sokongan menggalakkan (Thanks you guys!!! luv luv luv!). Banyak dapat feedback yang positif, so watkan aku lebih konfiden utk terus berkarya,skali lagi, thanks kawan2...

Ok, single pertama yang aku keluarkan untuk projek solo ni, tajuknya "Curiga", mengisahkan seorang hamba Allah yang mencurigakan pasangannya. Simple je la, aku memang x reti nak wat cerita sangat, so belasah je la..hahah.. Lagu "Curiga" wat mase ni dah pun berkumandang di stesen radio XFM, dan juga berada dalam carta XFM Underground. Tak silap aku, lagu "Curiga" pernah berada di tangga pertama dalam carta selama 3 minggu berturut2, alhamdulillah,terer gak aku rupenye..bwahaha..tp kerana korang yang menyokong aku ni la wat aku jd terer..hahaha...makasih sekali lagi.. :P Kalau nak undi Bagak ngn lagu Curiga di dalam carta XFM underground, klik kat SINI

About future Bagak, so far Bagak still dalam proses menyiapkan lagi karya2 baru, wat mase ni baru ade 3 lagu dalam projek Bagak ni, tak termasuk lagu2 aku yang mayb korang nah dgr aku selit2kan kat page myspace aku, atau kat dalam blog ni ke, itu just lagu suka2, but insyaallah mungkin lagu2 tu pun cam lagu "Langit Biru" aku akan masukkan dalam list. Kalau ikutkan perancangan, nak siapkan album Bagak dalam tahun ni, insyaallah,kalu tiada halangan.

So taknak cakap banyak lagi, hope korang boleh terima aku dengan Bagak seperti mana korang terima aku bersama Statik, aku akan cuba bagi yang terbaik. Dan jangan lupa teruskan sokongan anda kepada Statik dan juga Bagak!




P/S : kepada you guys yang nak check out facebook Bagak, klik kat SINI , jangan lupe "LIKE" orait :D

1 comment:

  1. owh seronoknya smlm baca karangan sambil main air :p


    Go bagak ! go! hidup bagak :p

    ReplyDelete