Sunday, March 20, 2011

Semak! Sampah!

Dah lama aku nak lepaskan geram ni. Rumah aku terletaknya di suatu kawasan di Skudai. aku pindah sejak tahun 2001 lagi, ayah aku yang design rumah aku, maklum la, impian seorang arkitek nak buat rumah sendiri. Memang tak ramai yang duduk kat area umah aku,leh kira pakai jari je bape buah rumah yang ade, yang lain semua tanah kosong, ada gak rumah yang terbengkalai, dengar khabar org tu bankrap, xde duit..


"inilah rumahku syurgaku :D"





Memandangkan kat area umah aku ni ramai lagi tak buat-buat rumah, tanah dey all, diorg tak jaga. Dah jadi cam hutan dah kawasan rumah aku, pokok tinggi-tinggi, nyamuk kemain banyak gila, and plus, ular pun ade! So far umah aku dah 4 kali ular ziarah, tiga kali ular sawa, skali ular tedung. Tapi time ular tedung, abang sulung aku yang kene, nasib baik la abang aku cepat pikir, halau ular tu guna payung, bukak tutup bukak tutup, takut la ular tu, ular tu pun blah. Maybe kucing-kucing aku dulu hilang pasal kena ngap dek ular kot..Hmmm... Jiran depan umah aku lagi la, dah banyak kali ular sawa baham kucing-kucing dia.

Bukan ular je, tapi babi hutan pun ada kat area rumah aku. Pernah satu malam aku nak balik rumah, dah nak sampai depan umah aku, aku tengok ada dua makhluk ngah lari kat tengah jalan, aku ingatkan anjing, tapi apekehal anjing ni gemuk pendek, makin dekat rupanya babi hutan. Nasib baik dalam kereta. :P

Monyet toksah cerita, dah biasa tengok, kadang-kadang pagi-pagi aku bangun tidur, ada je monyet ngah skodeng aku tidur kat tingkap. Nasib dah biasa. Tapi kadang-kadang risau gak, monyet leh bertindak agresif bila dia lapar, mak aku selalu gak kena kacau ngan monyet kalau dia masak kat wet kicthen rumah aku, kat blakang rumah.


"Inilah belakang rumah aku, mana la monyet tak suka kacau mak aku masak,leh gayut kat pokok"




Itu hal binatang-binatang ni, sekarang ni pasal sampah lak. Sampah kat kawasan rumah aku, dah macam kawasan buang sampah, sana sampah, sini sampah. Kadang-kadang aku nampak jenis orang-orang yang tak bertanggungjawab ni, bawak satu lori, pastu humban sampah kat depan tanah-tanah kosong ni. Bodoh, bodoh dan bodoh la diorang ni. Tak pernah gi sekolah ke hapa. Pastu, memandangkan lorong rumah aku di atas bukit, tanah belakang rumah aku curam, kat belakang rumah aku boleh pulak ada orang buat tempat perlupusan sampah. Bagus memang la bagus, tapi agak-agak la weh, kawasan rumah kot. Pencemaran bau, udara. Lalat kemain banyak, bila tengah malam je bunyi bising, pandai korang cover line, wat keje malam-malam. Tapi sekarang ni dah tak dengar lagi dah bunyi bising-bising bila tengah malam, aku tengok pun, tempat tu cam dah terbiar. Ok la sikit.


"Siapa-siapa yang suka collect sampah, boleh amek kat kawasan rumah aku"




"Signboard ni sekadar hiasan sahaja kat kawasan rumah aku"



Selain sampah, kawasan rumah aku juga jadi port si teruna dan dara melepaskan hajat. Maklum la, kawasan rumah cam terbiar tak banyak rumah. Line clear. So apa lagi, dey all pun boleh la pandang-pandang,boleh pegang-pegang. Ada je kadang-kadang aku nampak kereta parking tak jauh dari rumah aku, goyang-goyang kereta tu kadang-kadang.
Taste low class, agak ah, kalau tak tahan sangat pun nak tambah dosa, gi la check in hotel.

Dah berapa kali dah aku buat report kat pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk isu-isu camni, tapi haram. Dah biasa aku dengan,"Baiklah, kami akan membuat tindakan". "Baiklah, kami akan memantau". Tapi tindakan lutut anda la. Dari tahun 2001 sampai la sekarang ni, camni je rupa kawasan rumah aku. Sampai bila aku pun tak tahu, jangan sampai dah ada kes orang mati kene patuk ular kat area rumah aku,baru diorang betul-betul nak amek tindakan.

"Dan anda boleh lihat wajah saya penuh dengan marah, keciwa, rimas dan macam-macam lagi"

Thursday, March 17, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa





Arini aku nak bercerita sket tentang satu filem terbaru dari tanahair kite, Hikayat Merong Mahawangsa.

Mula2 aku tgk trailer dia,reaksi aku cam,"wah" "Oi" "cam best!"..terbitan dari syarikat 3 anak seni tanahair air kte,KRU Studios. To be honest, aku memang bukan kaki wayang, tapi andainye aku nampak filem-filem cam best smacam kat tv ke poster ke, memang aku turun gi cinema.

So setelah aku tengok aritu, aku amazed, and bangga lihat sekarang Malaysia mampu menghasilkan filem yang mempunyai kualiti graphic dan sound yang memuaskan, jalan cita jugak baeeeek..Walaupun visual efek dia masih belum boleh menandingi Hollywood, tapi proud la weh, bile last anda lihat filem dari Malaysia yang ade kualiti visual efek? Bagi opinion aku, Puteri Gunung Ledang sebelum ni antara yang terbaik kualiti visualnya.

Jalan cita pun cun, senang nak faham, dan takda la simple & ckup2 makan nye. Aku letakkan Pirate Of Carribean sebagai film yg similar ngn Hikayat Merong Mahawangsa. Papepun, tahniah buat KRU Studios kerana mampu menghasilkan filem yang maybe boleh bersaing atau same tahap dengan international nya filem, keep it up!

Dan jangan kita memandang rendah pada industri perfileman kita, kita seharusnya beri sokongan dari menjatuhkan semangat, jangan kita kritik sahaja, berikan kata2 positif juga,untuk membangunkan lagi Malaysia dari pelbagai aspek!(ececeh, undi saya)

p/s : kalau korg lum tgk lagi, gi tgk cepat!

Tuesday, March 8, 2011

Bagak


(warm up jari, dah lama tak wat karangan)

Kepada follower-follower aku, maaf banyak2 dah lame x post ape2 kat blog aku ni...

Maybe ada yang dah tau, ada yang still lum tau lagi, but sekarang ni aku dah ada komitmen baru selain bersama dengan Statik. Dalam bape bulan lepas, aku mulakan projek solo aku, iaitu BAGAK. Projek ni sebenarnya untuk suke2 je, n cari duit makan lebih sket, sambil tu sebagai didikan diri aku utk lebih kreatif dalam dunia muzik ni..

OK,cerita sket sebanyak pasal Bagak ni, konsep muzik Bagak ni x jauh beze sgt ngn konsep muzik Statik, agaknya pasal dua2 adalah komposer yang same, so aku agak sukar nak lari dan membezekan antara Statik dan Bagak, but insyaallah, aku akan mengemaskinikan dan improvekan lagi. Tapi ape yang aku boleh terangkan wat mase ni, melodi Bagak lebih kepada pop, disco, n tune2 catchy. Dan kalau boleh, aku nak lebih universal so tak konsisten pada satu genre je, insyaallah ni pun aku akan improvekan lagi..alhamdulillah so far sokongan menggalakkan (Thanks you guys!!! luv luv luv!). Banyak dapat feedback yang positif, so watkan aku lebih konfiden utk terus berkarya,skali lagi, thanks kawan2...

Ok, single pertama yang aku keluarkan untuk projek solo ni, tajuknya "Curiga", mengisahkan seorang hamba Allah yang mencurigakan pasangannya. Simple je la, aku memang x reti nak wat cerita sangat, so belasah je la..hahah.. Lagu "Curiga" wat mase ni dah pun berkumandang di stesen radio XFM, dan juga berada dalam carta XFM Underground. Tak silap aku, lagu "Curiga" pernah berada di tangga pertama dalam carta selama 3 minggu berturut2, alhamdulillah,terer gak aku rupenye..bwahaha..tp kerana korang yang menyokong aku ni la wat aku jd terer..hahaha...makasih sekali lagi.. :P Kalau nak undi Bagak ngn lagu Curiga di dalam carta XFM underground, klik kat SINI

About future Bagak, so far Bagak still dalam proses menyiapkan lagi karya2 baru, wat mase ni baru ade 3 lagu dalam projek Bagak ni, tak termasuk lagu2 aku yang mayb korang nah dgr aku selit2kan kat page myspace aku, atau kat dalam blog ni ke, itu just lagu suka2, but insyaallah mungkin lagu2 tu pun cam lagu "Langit Biru" aku akan masukkan dalam list. Kalau ikutkan perancangan, nak siapkan album Bagak dalam tahun ni, insyaallah,kalu tiada halangan.

So taknak cakap banyak lagi, hope korang boleh terima aku dengan Bagak seperti mana korang terima aku bersama Statik, aku akan cuba bagi yang terbaik. Dan jangan lupa teruskan sokongan anda kepada Statik dan juga Bagak!




P/S : kepada you guys yang nak check out facebook Bagak, klik kat SINI , jangan lupe "LIKE" orait :D

Ok, Aku Janji Aku Cuba Rajin Wat Entry

semangat,semangat!