Tuesday, May 18, 2010

Lagu Cintan Terbaik Kategori Perempuan

Untuk posting aku kali ni, aku nak share pandangan aku untuk top ten lagu jiwang kategori melayu yang di nynyikan oleh gadis-gadisan. Siapa kata aku main music cam Statik, tapi tak layan lagu-lagu camni, jiwa tetap ada bahagian sentimental gak pe. :P Plus, sebagai composer, aku kene accept semua jenis music tak kira genre apa sekali pun, ini peluang aku untuk meluaskan lagi idea dan kreativiti dalam mencipta lagu. But apa-apapun, aku rasa,list ini adalah yang terbaik bagi aku. So jom menjiwang seketika.

10. Safura - Sedalam Mana Cintamu
- Satu-satunya lagu Safura yang meletup, memang layan lagu dia. Suara dia pun unik dengan serak-serak basah, tak lupa tahi lalat dia yang ngam ho.
Klik sini untuk dengar.

09. Juliana Banos - Mana Satu
- Pernah ada kontroversi pasal slang Juliana Banos dalam lagu ni. Tapi tak kesah la(aku sangat memahami situasi ni), yang penting layan dan sempoi!
Klik sini untuk dengar.

08. Min Malik - Flora Cintaku
- Lagu ni sedap, tapi sayangnye artisnya tak begitu fofular. But aku suke,lantaklah.
Klik sini untuk dengar.

07. Tere - Aku Patut Membenci Dia
- Lagu indonesia ni agak kurang popular actually, but kalau di beri peluang untuk promote, lagu ni leh top gak. Nyanyian Tere memang lain, halus dan dangerous.
Klik sini untuk dengar.

06. Sheila Majid - Pengemis Muda
- Tak silap aku, ni lagu pertama sheila majid time dia baru masuk dalam industri seni music. Memang best dan retro.
Klik sini untuk dengar.

05. Erra Fazira - Hadirmu
- Lagu ni soundtrack cerita Soal Hati, santai and easy listening.
Klik sini untuk dengar.

04. Kris Dayanti - Mencintaimu
- Susunan music dia class. Suara best,lirik baeekkk...
Klik sini untuk dengar.

03. Sheila Majid - Sinaran
- Lagu ni sangat fofular dan catchy. Sentuhan jazz dan pop, so leh di terima almost semua jenis golongan termasuklah mak aku.
Klik sini untuk dengar.

02. Double Take - Mengapa Kasih
- Maybe tak ramai tau lagu ni, but 1st time aku dengar lagu ni, terus cam, impressed. Suara vokalis dia agak lemak-lemak,sexy, dan lagu ni sangat santai walaupun lirik dia bermotifkan pujukan. Lagu ni asalnya dari Sheila Majid dan di coverkan secara cantiknya oleh Double Take dengan vokal dan guitar kapok sahaja. Ala-ala jazzy sket. Serius best!
Klik sini untuk dengar.

01. Fauziah Latiff - Bukan Kemahuan Fikiran
- Terbaik! Mellow lagu ni dan susunan dia sangat menyayat hati bagi orang yang ngah frust menonggeng. Nak-nak di campur dengan vokal Kak Gee, perghhh..Sampai ke hati tau Kak Gee..wuuuuu...
Klik sini untuk dengar.

Wednesday, May 5, 2010

Oh Nur Hannah

Nur Hannah..

Oh, nama seindah wajah awak, pasti awak akan buat saya ketawa riang sepanjang masa. Tak sabar saya menunggu kehadiran awak.

Awak jangan nakal-nakal, awak jangan lukakan hati saya. Kerana saya sangat menyayangi awak seperti saya menyayangi diri saya sendiri. Saya janji pada awak, walau apa pun, awak tetap di dalam hati saya.

Saya akan tunggu awak,
Nur Hannah binti Haziq Aliff

:P