Thursday, April 8, 2010

Al-Fatihah Buat Atuk


Baru dua bulan lebih aku kehilangan arwah nenek aku, aku dikejutkan dengan pemergian atuk aku pada 7 April '10 pukul 11.15 a.m di rumah pakcik aku. Arwah di kebumikan di tanah perkuburan Kangkar Pulai, Johor.

Aku dikejutkan oleh mak aku pada pagi semalam. Katanya atuk dah nazak. Atuk aku pesakit kanser yang dah bertahun-tahun cuba fight. Tahun berganti tahun, atuk makin uzur. Dan keadaan dia waktu itu, atuk dah tak boleh berdiri lagi, just terlantar di katil. So aku pun bergegas pakai baju dengan tak sempat nak mandi. Kemudian makcik aku telefon mak aku dan nyatakan atuk aku dah cam tak bernyawa lagi. We all still dalam perjalanan time tu. Sampai-sampai, atuk dah tak ada lagi. Innalillah. Yang menyedihkan, atuk pernah berhasrat untuk lihat kampungnya di Rembau, Negeri Sembilan, tapi tak sempat kami nak bawa arwah. Dan waktu arwah menghembus nafas yang terakhir, anak-anak arwah termasuklah mak aku tidak sempat untuk berada di sisinya. Dan ada dari relative kami juga tak sempat untuk melihat wajah arwah sebelum di tanamkan kerana mengejutkan kematian arwah membuatkan ramai yang tergesa-gesa untuk datang ke Johor.

Arwah merupakan seorang polis yang berkhidmat di Singapura sewaktu baru berkeluarga membawa mak aku dan anak-anak arwah yang lain. Di sanalah tempat arwah membesarkan mak aku n anak-anak dia yang lain. Kemudiannya berpindah semula ke Rembau, Negeri Sembilan. Arwah seorang yang tegas dan dingin, tetapi seorang yang penyayang dan mengambil berat. Dan boleh kata semua cucu arwah, arwah atuk aku dan arwah nenek aku jaga di kampung, termasuklah aku ni. Arwah pernah cakap kat kami semua, andai seseorang dari mereka, iaitu atuk dan nenek, meninggal dunia, yang seorang lagi akan pergi jugak dalam masa terdekat, atas alasan mereka tak sanggup kehilangan masing-masing.. Dari statement yang arwah kasi, apa yang berlaku sekarang seolah-olah benar. Tapi, ini adalah kerja Tuhan, Dia-lah yang menentu segalanya.

Moga arwah di tempatkan bersama-sama nenek dan orang-orang yang beriman..Amin..

Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment