Sunday, March 28, 2010

Ais Krim Malaya


Salam..

Hari ini bosan. Bosan nye bosan, tolong abang aku wat majlis untuk budak-budak tuisyen dia, pastu aku pun godeh-godeh dapur. Jumpa lak satu plastik ni yang dalamnya juga ada plastik. So aku pun belek-belek, rupanya plastik berbentuk panjang. Ni cam plastik diorang buat ais krim malaysia ni. Sebab dah bosan sangat, aku pun dengan tak plan pape, gi bancuh milo satu cawan besar, start buat. 5 batang dapat buat untuk satu cawan besar milo. Ni kalau buat niaga kat tingkap rumah ni best gak ni :P



Sekian..

Wednesday, March 17, 2010

Indie Goodness Vol. 2

Salam..

Phew, agak penat sikit beberapa minggu ni. Naik turun JB KL. Haritu aku dan Statik ada gig called Sound Machine : Indie Goodness Vol. 2 kat One Cafe, Jalan Tar. Masuk ni dah 2 kali Statik perform di KL ( tak termasuk perform utk press conference di KL Tower dulu)

Satu, aku memang suka perform kat KL pasal crowd-crowd kat KL memang sporting gila & happening ke tulang. Lagipun tengah-tengah Malaysia, so semua jenis orang ada kat sini. Aku arrived sehari sebelum event, stay kat Shah Alam (aku ngn drummer aku, Enol). Esoknya we all gerak ke One Cafe, tempat dey all wat event, kat situ jumpe Pendi & our sessionist bassist, Anaz. Sampai-sampai je, jantung dah mula nak cari pasal, dup dap dup. Yela, dah lama kot aku tak perform, plus kat KL lak tu. Then call Dilakochan, member aku yang setia tunggu aku tiap kali aku turun KL. Kebetulan member aku lagi sorang, Pulut pun ada dengan dia. So lepak-lepak dengan diorang jap, selesakan keadaan sikit.

Event tu melibatkan band-band yang hebat-hebat cam Sugar Love Cookies, Joanna & Co, Plague Of Happiness, Grey Sky Morning, Statik (ni best :P), Stonebay, The Lipstik (johorian!!) Romancesa (merangkap sebagai organizer event) dan Skudap-Skudip. Dan event ni kali kedua di buat, tempat pun menarik, kat cafe, aku masuk try ushar tempat stage, memang nampak fun & exciting la walaupun tempat dia takde la besar mana, but just nice and tak terlalu crowded sangat.


Time aku sampai, The Lipstik baru je lepas perform. So tak sempat nak tengok member perform. Joanna & Co lak perform after that, memang syok la dengar music dey all & crowd pun nampak layan gila. We all standby bila Stonebay naik atas stage pasal after diorang, Statik lak perform. Konfiden tak konfiden, aku try wat bodoh je la, plus 1st time aku nak perform guna gitar baru aku (Fender Squier Stratocaster Lefhanded) dengan pedal effect Bad Monkey yang still berusia kurang dari seminggu.

We all standby blakang stage, after MC announce Statik, crowd sorak-sorak, aku tengok Enol, sengih sambil peluh meleleh kat tepi dahi. Naik stage wat dhung dulu, setting-setting pape yang patut. Soundcheck dulu, rasa sound dh puas ati, we all kasi Kuala Lumpur lagu Nikmat Sementara sebagai opening song. Memang layan, crowd pun nampak happening, sing along ramai-ramai. Tengah-tengah nnyi, nampak gak la friendly faces (you know who you are,i looked at you). 2nd song, aku kasi lagu Dia, and quite terkejut gak lagu tu pun orang sing along gak, pasal lagu tu jarang dengar di radio.

3rd song we all secara 1st time bawak lagu baru we all tajuk "Gelap" untuk orang-orang KL. Tak tau la sedap ke tak bagi dey all semua, but time tu feedback nampak orait je. after that, aku mintak crowd tengok atas & kasi dey all layan lagu Bintang lak. Stamina mula dah kurang sikit, but pasal tengah syok, dah tak pikir dah. Last, sebagai penutup, aku start bukak cerita curang "Cherita Kita". Plus dari ramalan aku, lagu tu sekarang tengah jadi lagu atas dari kesemua lagu Statik. end up dengan si pendi lompat ke crowd, we all secara keseluruhannya penat but enjoy gila.

After turun stage, ada sesi interview, and photoshooting, and luangkan masa bersama fans semua (terima kasih daun keladi u guys!). After gig abes, we all balik Ukay Perdana, rehat. Memang lepak, aku nampak lantai sejuk, baring tak cite banyak, terus terlelap :P


Lepas sedar dari tido, aku mandi siap-siap nak kluar dinner, kebetulan Dilakochan pun nak lepak, so we all kluar gi makan. Aku pun makan la nasi lemak ayam tak mau sambal. Then after dinner dengan Dilakochan, we all hang out lak dengan abang aku, Magoo dekat Original Kayu Nasi Kandar kat area Permaisuri. Lepak nye lepak, jam dah kul 5 pagi. So balik ke Ukay Perdana balik, tdoooooo.

Esoknya, pulang ke Johor tercinta.

Sekian.



*ni antara video yang sempat di rakam time gig aritu,so enjoy kawan-kawan :)