Wednesday, February 17, 2010

Bandung, Jakarta

Aku baru balik dari bercuti ke Bandung & Jakarta, Indonesia. Dah lama tak pergi bercuti, sekali sekala gi tempat orang hilangkan stress pun syok gak.

Aku berangkat ke Jakarta dengan mak aku, 3 orang sepupu aku, tunang sepupu aku dan 3 makcik aku pagi-pagi pukul 7 a.m. Sampai kat airport Jakarta pukul 9 a.m camtu. Makcik-makcik aku dengan tak sabarnya, terus chow gi tempat ni nama dia Tanah Abang kat Jakarta dengan driver van we all kat sana. Memang bosan la mula-mula, sampai-sampai je dah pergi kat port-port orang-orang tua bershopping. Cuaca cam taknak panas berdenting pulak kat sana.

Sambil tengah tunggu they all cari kain baju, tiba-tiba aku nampak sepupu aku yang belajar kat sana tengah berkepit dengan boyfriend dia. Secara kebetulan pulak boleh jumpa they all dekat situ. Then dah puas shopping diorang ni, we all semua terus bertolak pergi Bandung, kira-kira 3 jam lebih nak sampai ke Bandung dari Jakarta ( cam nak gi KL dari JB la).

Sampai Bandung, we all check in hotel yang depannya ada sawah, pemandangan memang cantik la. Tapi bilik hotel dia, adoi... jamban dia, bau jangan tanya la. And baru la aku tau kat sana, soket plug kat sana just dua pin je, memang menyusahkan la, charger phone aku lak 3 pin. Nasib la ada charger boyfriend sepupu aku tu, dia kasi pinjam awal-awal. Memandangkan we all sampai hotel pun dah malam, (Gambar ni esoknya aku snap) badan pun penat, tibai tido, lena tul. Esok pagi-pagi lagi dah kena bangun, nak sambung shopping kata yang golongan-golongan tua dalam trip tu. Adoi...so berangkat la gi sana sini, tapi puas hati gak la walaupun penat, pasal barang kat sana murah banding kat Malaysia, kira aku jadi jutawan la kat sana, jutawan rupiah :P. Tapi yang aku bosan kat sana, trafik jam tak ingat, sesak gila, orang ramai lak tu, banyak sangat salesman, macam-macam benda diorang jual, yang aku naik berdekah, patung Upin & Ipin pun ada jual. Rupanya kat sana cerita Upin & Ipin sangatlah fofular. Baju gambar Upin & Ipin pun ada. Bila aku tanya salah sorang penjual baju Upin & Ipin, "best ke upin & ipin?", orang tu jawab, "bagus mas!!!betul betul betul!"

Then the next day lak, we all nak pergi tempat yang ada excitement, nama tempat tu Tangkuban Perahu, terletak kat atas gunung berapi yang dah lama mati. Tempat tu lebih kurang cam nak gi Genting la, naik bukit, sejuk, tapi kat situ tak ada them park cam roller coaster ke apa ke, just pemandangan & kedai-kedai je, but best. Sampai je kat Tangkuban Perahu, still dalam van lagi ni, salesman-salesman ni dah kepung van, standby nak jual barang. Adoii....Step keluar dari van, "Mas, sebentar mas, murah aja mas"..hadoii....tak ada privasi langsung, sepanjang aku kat sana, diorang follow je ke mana aku pergi. Naik rimas gak aku di buatnya lama-lama. Dah la kat situ bau sulfur kuat gila, pasal datang dari gunung berapi tu, so bau dia cam agak memeningkan, dengan suhu sejuk kat situ. But overall, memang best la kat situ. Setahu aku, nama Tangkuban Perahu ni, berasal dari satu lagenda seorang budak lelaki ni terpisah dengan mak dia, then bila budak lelaki tu dah besar, dia jumpa seorang perempuan ni, bila they all dah tangkap cintan sampai nak kawin dah ni, tetiba terbongkat rupanya perempuan tu mak lelaki tu (power perempuan tu still awet muda). Lelaki tu degil nak kawin gak, gatal dia ni. Tapi mak dia taknak, lelaki tu paksa-paksa jugak, last-last mak dia terima tetapi dengan satu syarat, mak dia nak lelaki tu bina satu perahu besar. Bila lelaki tu dah buat perahu tu, mak dia mungkir janji, taknak kawin jugak, lelaki tu bingit, dia tendang perahu tu sampai ke gunung berapi tu, (gile power). So kat gunung berapi tu, ada la bentuk perahu cam dah terkubang. camtu la kisahnya sikit-sikit. :P

Then esoknya pulak we all banyak pergi outlet-outlet factory, shopping sampai lebam. Satu aku salute, kat sana, outlet diorang dah cam resort, environment cantik, cozy & class. shopping tak seberapa je, banyak duduk-duduk je kat tempat rekreasi kat outlet tu. lagipun walaupun barang kat situ lagi murah dari Malaysia, tapi leh tahan mahal-mahal gak pasal brand dia tak agak-agak.

Then esoknya we all bertolak balik Jakarta, tido rumah sepupu aku yang belajar kat salah satu universiti kat sana. On the way bertolak balik Jakarta, aku mula rasa badan cam tak sedap, mata panas, lenguh-lenguh, ingatkan pasal tak cukup rehat plus berjalan dari pagi sampai malam tak stop-stop. Pastu makin lama dalam van, makin sakit-sakit lak badan. Aku dah pikir, ni confirm nak demam ni. And memang tul pun, aku demam, batuk-batuk, selsema, satu package, memang best!

Sampai jakarta, we all tak banyak jalan, plus aku pun demam, so banyak berehat la. Esoknya we all bertolak balik Malaysia, sampai dalam pukul 12 a.m. Pergi sana bawak tiga beg, balik Malaysia bawak 6 beg. Hahahah.. :P