Tuesday, January 26, 2010

Hantu?


Hantu?

Oh yes, i believed on their existense. Samada hantu yang merupakan makhluk yang tiada jisim, atau manusia yang perangai macam setan. Memang tercatat dalam Al-Quran tentang kewujudan syaitan ,jin & iblis di muka bumi ini. Terdapat macam-macam jenis hantu atau aku suka sebut makhluk halus (dah pandang-pandang belakang dah ni), antaranya pontianak, pocong, polong, langsuir, hantu raya, hantu galah, hantu tetek, toyol, penanggalan dan banyak lagi. Tapi setahuu aku dari sumber-sumber yang aku dapat, katanya seorang ustaz kepada aku bahawa dalam banyak-banyak makhluk halus ni, pocong kira-kira paling yang champion atau paling jahat.


Bagaimanakah rupa hantu?

Secara amnya, sifat hantu tidaklah sesempurna manusia, therefore mereka lebih takut kepada kita yang sempurna sifat yang Allah s.w.t kurniakan. Tetapi kerana sifat mereka yang tidak sempurna dan sukar di lihat dari mata kasar yang menyebabkan sesetengah dari kita dinamakan manusia ini takut pada mereka. Aku tak nafikan aku pun ada masa takut dengan benda-benda ni depends pada bagaimana munculnya mereka.


Bagaimana ingin tahu kehadiran mereka?

Haaaaa, aku tak tahu sejauh mana kesahihan ni, tapi kebiasaanya firasat kita sebagai manusia boleh merasai sesuatu yang aneh atau orang kata, tak sedap hati dalam certain situasi, contoh tiba-tiba sahaja bulu roma anda meremang bila turun dapur pada lewat malam seorang diri. Ada yang kata itu hanya mainan perasaan sahaja yang membuatkan kita tiba-tiba rasa takut, ada juga yang kata itulah tanda wujudnya mereka di keliling kita. Tapi setahu aku, mereka memang sentiasa ada di sekeliling kita, tak kira siang mahupun malam, tak kira berjauhan dari anda mahupun hanya duduk menemani anda si sebelah anda sahaja.


Perlindungan dari mereka?

Kalau kunci pintu, complete dengan mangga pun belum tentu anda akan selamat dari gangguannya. Mohon doa dari yang menciptanya iaitu Allah s.w.t agar kita di lindungi dari gangguan dan godaan hantu iblis ni semua, salah satu ayat yang insyaallah akan melindungi anda dari godaan dan gangguan mereka ialah ayat Kursi. Sesungguhnya,

"WASI'A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA. WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM"
(Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.)


Pengalaman?

Hmmm, aku tak boleh nak kira berapa kali aku mengalami pengalaman encounter dengan "mereka" ni samada seorang diri, bersama kawan-kawan, mahupun bersama keluarga aku. Tetapi selalu juga aku di kacau, terserempak dengan makhluk-makluk ni. Memang aku tak suka, kadang-kadang dari rasa takut, sampai naik geram pun ada juga. tapi biasanya aku takut la. So untuk nak cerita pengalaman aku berjumpa dengan benda-benda ni, aku akan post di lain hari atau di lain masa.

Sekian :)

1 comment: