Tuesday, January 26, 2010

Hantu?


Hantu?

Oh yes, i believed on their existense. Samada hantu yang merupakan makhluk yang tiada jisim, atau manusia yang perangai macam setan. Memang tercatat dalam Al-Quran tentang kewujudan syaitan ,jin & iblis di muka bumi ini. Terdapat macam-macam jenis hantu atau aku suka sebut makhluk halus (dah pandang-pandang belakang dah ni), antaranya pontianak, pocong, polong, langsuir, hantu raya, hantu galah, hantu tetek, toyol, penanggalan dan banyak lagi. Tapi setahuu aku dari sumber-sumber yang aku dapat, katanya seorang ustaz kepada aku bahawa dalam banyak-banyak makhluk halus ni, pocong kira-kira paling yang champion atau paling jahat.


Bagaimanakah rupa hantu?

Secara amnya, sifat hantu tidaklah sesempurna manusia, therefore mereka lebih takut kepada kita yang sempurna sifat yang Allah s.w.t kurniakan. Tetapi kerana sifat mereka yang tidak sempurna dan sukar di lihat dari mata kasar yang menyebabkan sesetengah dari kita dinamakan manusia ini takut pada mereka. Aku tak nafikan aku pun ada masa takut dengan benda-benda ni depends pada bagaimana munculnya mereka.


Bagaimana ingin tahu kehadiran mereka?

Haaaaa, aku tak tahu sejauh mana kesahihan ni, tapi kebiasaanya firasat kita sebagai manusia boleh merasai sesuatu yang aneh atau orang kata, tak sedap hati dalam certain situasi, contoh tiba-tiba sahaja bulu roma anda meremang bila turun dapur pada lewat malam seorang diri. Ada yang kata itu hanya mainan perasaan sahaja yang membuatkan kita tiba-tiba rasa takut, ada juga yang kata itulah tanda wujudnya mereka di keliling kita. Tapi setahu aku, mereka memang sentiasa ada di sekeliling kita, tak kira siang mahupun malam, tak kira berjauhan dari anda mahupun hanya duduk menemani anda si sebelah anda sahaja.


Perlindungan dari mereka?

Kalau kunci pintu, complete dengan mangga pun belum tentu anda akan selamat dari gangguannya. Mohon doa dari yang menciptanya iaitu Allah s.w.t agar kita di lindungi dari gangguan dan godaan hantu iblis ni semua, salah satu ayat yang insyaallah akan melindungi anda dari godaan dan gangguan mereka ialah ayat Kursi. Sesungguhnya,

"WASI'A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA. WA LAA YA-UDHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM"
(Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.)


Pengalaman?

Hmmm, aku tak boleh nak kira berapa kali aku mengalami pengalaman encounter dengan "mereka" ni samada seorang diri, bersama kawan-kawan, mahupun bersama keluarga aku. Tetapi selalu juga aku di kacau, terserempak dengan makhluk-makluk ni. Memang aku tak suka, kadang-kadang dari rasa takut, sampai naik geram pun ada juga. tapi biasanya aku takut la. So untuk nak cerita pengalaman aku berjumpa dengan benda-benda ni, aku akan post di lain hari atau di lain masa.

Sekian :)

Monday, January 25, 2010

Bila Aku Terpikir

Pernah tak korang terpikir :

1. Camne korang bernafas secara automatik?

Haaa..kebiasaannya secara automatiknya bile korang start pkir, korang nafas mesti jadi manual..Then lama2 korang lupa, and secara automatiknya skali lagi korang bernafas cara auto balik.


2. Camne korang boleh tido?

Cuba korang pkirkan time korang ngah nak tido,camneeee korang leh tertido..Apa yang watkan korang leh tetiba x sedar,n rasa kejap je korang bangun,pdhal korang tdo sampai 5 6 jam..Bila korang ngah dah nak lelap,ngah dh mule mamai,pkirkan ape yang akan terjadi pasni..

Itu lah masalah bila aku ngah nak tido,jadi x tdo aku di watnye!!

Sekian :)

Friday, January 22, 2010

Gitar dan Aku

Sejak bila aku minat main gitar?

Aku pn x sure, sejak dari kecik lagi aku mmg minat dengan gitar, music. Maybe dah dalam darah daging aku sefamily. Time aku kecik2 dulu pn mmg suke kacau abg2 aku bile diorg ngah main gitar. cam macho je main gitar..so minat nk blaja main gitar 2 lame2 mule la ade...

Memandangkan aku ni kidal, tulis kidal, sepak bola kidal, smash bulu tangkis pn pegang raket gune tangan kiri, so agak susah mule2 nk try2 main gitar ni, psl gitar abg aku standard,mmg utk righthanded. Tapi minat nye pasal kn, aku sebat je la, tp aku tetap pegang gitar care kidal, di mana tangan kanan aku yang susun chord, tangan kiri aku yg memetik..

Then bile aku naik form 1, famili aku tgk aku ni tul2 minat ngn gitar, smpai sggup gune gitar abg aku, so diorg blikan aku satu gitar utk aku,still standard, but aku adjustkn sket,kasi susunan tali dia t'balik cam gitar lefthanded,so leh la aku main kidal ngn sempurna..


Ni la gitar 1st aku,smpai skrg aku simpan lagi,n still gune lagi, tp dah rabak la skrg, kaler dia dh t'kopek2, n mmg jahanam gitar ni aku tmpal2 sticker ntah ape2. Gitar ni mak aku ckp,dia bli ngn harga rm80 je. Brand pun ntah ape2 je, brand "Rhythm". Tapi murah2 pn, berjasa la gitar ni kat aku psl tanpa gitar ni, aku xleh main gitar smpai skrg ni haa..

So bile aku dpt gitar ni, aku pn gi la kedai buku, cari buku panduan blaja main gitar, duit lak x byk, so aku jumpe satu buku blaja chord gitar ni saiz pocket ngn harga 3 ringgit x silap aku. So slow2 aku blaja cmne rupe2 chord gitar.

Bile dah kenal2 chord, aku pn mule la blaja nk main lagu. Lagu 1st aku try nk cari, lagu "Teras - Masih Aku Terasa". Hahah..gile rock kapak time 2.. So petik2 la, gune imaginasi sndiri ape chord yg kene gune utk lagu 2. Memang x nafikan aku byk start blaja main gitar ngn lagu2 rock kapak.

Then aku cube wat lagu sndiri, tp time 2 x reti wat lirik, so wat instrumental je la. Tajuk lagu 2 "Puteri". Bile dh lame2,dah mule biase ngn gitar sket, time aku form 2, aku start wat lagu 1st aku bertajuk "Cahaya Matamu Yang Bijaksana".



After bape tahun, aku bli gitar baru lak, gitar akustik tali nylon lak, nak mahirkan bab2 plucking gitar & instrumental. Leh kate ni gitar feveret aku, walaupun agak sakit nk main pasal tali nylon agak tebal. Dari gitar ni aku blaja sound2 jazzy, akustika, n pattern2 instrumental. Mostly mmg aku cari lagu, aku gune gitar ni..kadang2 smpai tdo pn aku pluk gitar ni. Tp yg gitar lame pn kadang2 bwk tdo gak la, kang org kate x adil, berat sebelah lak kasi sayang lebih kat brg baru.. :P

Ni antara video2 kat youtube yang aku gune gitar ni..enjoyyyy...







Thursday, January 21, 2010

Is It Over?

I guess so........

I would say it is right know...

Right know...

For the moment, i guess..

I guess so...

Wednesday, January 20, 2010

Bila Emosi Terganggu..

Aku bukanlah kategori mat emo (ala2 pakai baju itam makeup pucat jadah 2)

Tapi bile aku dah mule tension tahap gaban macam2 prob timbul pas satu satu muncul x stop nk ganggu aku (tarik nafas balik)..mule la aku xleh dok diam. Sakit ati, bingit, geram, sedih, xleh tdo, sume ramuan complete untuk wat satu badan naik angin.

Rase aku nk jerit kat seko2,

"PEGI MAM!PEGI MAM!PEGI MAM!"

tu pn kalu ade yg paham bhase..


Aku dah penat weh..mate ni xnk lelap2 lagi..

Al-Fatihah Buat Nenek


Salam..

Being bz lately,as usual..

Aku baru balik dari seremban,dah bape ari aku kat sane,untuk menguruskan pengebumian & kenduri arwah nenek aku..agak terasa kehilangan dia,but that's the fact dlm life,yg hidup pasti mati,xde bnde yg akan kekal..

Arwah dulu jaga aku bersama atuk aku time aku kecik2 dulu kat kampung aku at Kampung Sungai Layang, Negeri Sembilan. Arwah jugak seorang yang penyayang kat cucu2 dia,tapi garang ngn anak2 dia(kate mak aku la).

I remembered aku suke tdo kat pehe dia,bile dia enjut2kn kaki dia,mmg lentok lame2. Tapi bende2 tu sume start ilang slowly bile arwah mule sakit pelupe. U see, nenek aku x suke bergaul, kate dia, "Duduk bersembang nnti xdo kojo lain nk mengumpat yo,". So dia banyakkan mase dia dalam bilik. Tapi bile tahun berganti tahun baru, arwah mula start lupa2, aku mule prasan time sekitar tahun 2003 2004 cmtu. Orang kate, sakit murung. Then slowly arwah semakin pelupa, kadang2 dia marah x tntu pasal.

Sifat arwah berlanjutan sampai arwah semakin kurus,semakin lemah, dan semakin tidak mengenali orang. Sedihnya, atuk pn jatuh sakit sebab kanser prostat & terpakse membuat rawatan. Tapi lame kelamaan atuk x terdaya nak jaga nenek dengan keadaannya cmtu, atuk duduk di Johor kat umah pakcik aku & kadang2 rumah aku, dan arwah duduk di rumah spupu aku kat seremban, dan kampung aku mule terbiar. Memang agak terasa kampung dh xde, tp nk wat cmne.

Tahun lepas, arwah jatuh, dan trus sakit, dh xleh nk berdiri lagi. Sejak 2 aku mule sedar, bnde akan brubah slepas ni & apa2 yang aku rasa sebelum2 ni,raya kat kampung, sume dah mule hilang. Atuk dah makin sakit, nenek pn same gak. Keadaan makin sedih lihat kedua2 atuk & nenek aku yg dulunya mmg ceria gila dengar tawa & bebelan diorg dek cucu2 diorg yg degil2.

So sejak keadaan jd cmni, leh kate tiap2 minggu aku akan balik seremban tgk keadaan nenek aku yang makin hari makin lemah n makin kurus, n makin hilang waras. Dia dalam dunia dia je, dah x kenal lagi dh aku, cucu2 dia yg lain n anak2 dia.

Yang paling sedihnya,sebelum arwah tenat, hari terakhir aku balik seremban kira2 bape minggu lepas, time aku nk balik jb, aku nak salam arwah yang terbaring je kat tilam sejak jatuh sakit teruk, arwah tetibe nnges2, air mate dia meleleh, aku x tau kenapa tapi dia cube ckp sumthing tapi sore dia halus sgt n aku x phm ape yg dia cube ckpkan..seolah2 cam dia nk bgtau aku, yang mayb time 2 last aku dpt tgk mate nenek pdg aku..

Jumaat mlm lepas (15 jan 10), time aku ngah duduk2 di luar umah aku ngn mama & ayah, tetibe paklong aku kat seremban call, bgtau nenek dh tenat xleh bernafas. Suasana malam 2 trus brubah, aku xleh tdo pkirkn nenek & paginya hari Sabtu ktorg satu famili ngn abg aku bergegas gi hospital kat Seremban utk tengok nenek.

Sampai kat sane, nenek x sedar, tapi dada dia bergerak seolah ngah bernafas. Kata doktor, nenek xleh bernafas sndiri, so terpakse gune tiub untuk support dia bernafas, chances utk terus hidup tipis, kecuali kalau tebuk tekak arwah untuk beri ruang dia bernafas, tapi itu pn utk support dia bernafas lancar dalam jangka masa pendek. Tapi doktor pn cakap, darah nenek dah berkuman di sebabkan luka kat blakang badan dia yg still x sembuh2 time dia jatuh dulu. Memang agak berat untuk wat pape keputusan, tapi ktorg sume dh sebulat suara, ktorg sume dh x sggup tengok nenek menderita lagi, x snggup nk seksa dia lagi ngn nk tebuk tekak dia.

Esoknya aku singgah lagi ke hospital, untuk tengok nenek. Tangan dia sejuk bile aku pegang, nadi dia kat tangan pn agak jarang2 terasa. Dan doktor tanya samada nk bwk balik ke umah atau nk biarkn di hospital, psl nenek dah xde harapan lagi untuk slamatkan nyawa dia. Sume org decide, biarlah nenek "rest" di rumah. So aku ngn beberapa spupu aku balik rumah kat seremban dulu untuk kemas2 psl nk wat bacaan yassin beramai2. Hati aku x sedap untuk tunggu diorg bawak nenek balik rumah.

Dalam pukul 7.30pm lebih, aku ngah borak2 ngn spupu aku dalam bilik, then hati aku tergerak nk turun bwh rumah. So aku turun slow2, dan time 2 la aku nmpak nenek dah dibaringkan kat ruang tamu, di kelilingi ngn relative2 aku n famili aku. Aku trus terdiam x mmpu nk react ape2. bape minit pastu, baru aku sedar, nenek dh xde. Aku terus berlari gi blakang umah aku & call girl aku, time 2 baru air mate aku meleleh, tersedu2 xleh trime nenek dh xde.

Mama cakap nenek meniggal pukul 7.14pm selepas tiub oxigen 2 di bukakkan. Mama cakap nenek meronta dalam 10 minit, dan yang anehnya, nenek yang slame dia sakit xleh response ape saje bualan ktorg kat dia, sebelum dia hembus nafas terakhir, mama ngucap untuk nenek ikut, dan nenek dpt ikut walaupn suara dia lemah.

Arwah meninggal pada usia 75tahun pada pukul 7.14pm, 17 Januari 2010. Masih baru lagi & masih lum biase untuk aku terima kenyaatan. Smpai skrg aku terbayang wajah arwah time aku cium dia sebelum mukenya dia tutup ngn kain kapan. Smpai skrg aku terbayang saat akhir aku akan nmpak arwah sebelum arwah di kebumikan.

Harap arwah akan di tempatkan bersama2 org yang beriman dan moga rohnya aman di samping Tuhan Yang Maha Esa. Sesungguhnya aku tau Tuhan lebih menyanyangi nenek aku..

Al-Fatihah..